Carian
Telefon Pintar QNX Pertama BlackBerry Bakal Diperkenalkan Pada Suku Pertama 2012?
August 9, 2011 Aman

Salah satu peranti BlackBerry yang dinantikan ramai, adalah telefon pintar BlackBerry yang dikuasakan oleh QNX. Kini, ianya diperkatakan yang mana RIM bakal melancarkan peranti BlackBerry mereka yang dijana oleh QNX seawal suku pertama tahun hadapan, dan buat masa ini, peranti yang bakal dilancarkan itu dikenali sebagai BlackBerry Colt.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan diperkatakan versi pembangunan BlackBerry Colt itu masih lagi menggunakan cip pemprosesa satu teras, dan bukan dwi-teras seperti kebanyakkan peranti baru pada masa kini.


Gambar Sekadar Hiasan [via]

Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana BlackBerry pada masa yang sama, kena membangunkan kembali infrastruktur BES mereka untuk menyokong QNX, dan ini berkemungkinan salah satu sebab mengapa BlackBerry PlayBook tidak menyokong beberapa perkara termasuk aplikasi emel terbina.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak info berkaitan BlackBerry Colt dan juga peranti QNX daripada RIM tidak lama lagi.

Komen