Carian
Rekabentuk Lama Twitter Dimatikan – #newtwitter Kini Untuk Semua
August 9, 2011 Aman

Seperti diperkatakan sebelum ini, akhirnya hari ini Twitter menamatkan rekabentuk lama Twitter, sekaligus telah pun memperkenalkan #newtwitter kepada semua penggunanya. Ianya sekaligus menjadikan semua pengguna Twitter.com kini mempunyai pengalaman yang serasi dan mengakses fungsi yang serupa.

Kemaskini #newtwitter telah pun diperkenalkan oleh pihak Twitter pada tahun 2010 yang lepas, dimana melaluinya ianya membawakan pelbagai sokongan baru, termasuk kebolehan untuk melihat media yang dikongsikan seperti gambar, video dan sebagainya terus melalui halaman Twitter.

Walaubagaimanapun, sebelum ini, Twitter menyediakan pilihan untuk para pengguna menggunakan antaramuka baru itu, ataupun menggunakan rekabentuk asal Twitter. Namun, bermula daripada hari ini, rekabentuk asal Twitter sudah tiada lagi, dan para pengguna perlu menggunakan rekabentuk baru Twitter.com.

New Twitter rollout: complete! All users now have the same Twitter.com experience & can access our latest features. http://t.co/8dfSGdVless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

Komen