Carian
Chrome Memegang Takhta Pelayar Web Terpantas Di Dunia Nyata
August 9, 2011 Aman

Seringkali kita melihat perbandingan pelayar web melalui ujian makmal dan sebagainya. Menariknya, kini Compuware telah pun mengeluarkan data mereka yang mengumpulkan lebih 1.86 billion data daripada lebih 200 halaman web untuk melihat siapakah pelayar web yang terpantas dalam dunia nyata.

Dan seperti semua sedia maklum, pemenangnya adalah Google Chrome, mengalahkan semua pelayar web yang lain, termasuk Firefox dan juga Safari. Menariknya lagi adalah ianya dikumpulkan menggunakan Chrome 12, dimana Google telah pun melepaskan Google Chrome 13 pada minggu lepas. Namun daripada data yang diperlihatkan, Chrome 12 menunjukkan masa untuk Page Load yang paling pantas, selain masa untuk membuka halaman yang paling laju berbanding yang lain.

Mengikut rapat disebelah Google Chrome adalah Firefox. Mungkin juga kita akan dapat melihat perkembangan menarik daripada Firefox melalui versi akan datang mereka, iaitu Firefox 6, 7, dan juga 8 yang disasarkan untuk pelancaran tahun ini.

Komen