Aplikasi Google+ Kini Turut Menyokong iPod Touch Dan iPad

Aplikasi Google+ Kini Turut Menyokong iPod Touch Dan iPad

Diterbitkan pada Ogos 9, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi Google+ untuk iPhone, kini Google turut sama mengemaskini aplikasi mereka untuk turut sama menyokong beberapa aplikasi iOS yang lain, iaitu termasuk iPod Touch dan juga iPad. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah dioptimasikan sepenuhnya untuk iPad buat masa ini.

Walaupun pengguna iPod Touch mendapat antaramuka dan pengalaman penggunaan yang serupa seperti pengguna iPhone, pengguna iPad pula hanya mendapat menggunakan aplikasi yang serupa, dimana antaramukanya diperbesarkan dua kali ganda seperti beberapa aplikasi yang lain. Walaubagaimanapun, percubaan kami memuat-turunnya sebentar tadi gagal. Berkemungkinan tidak menyokong pengguna Malaysia buat masa ini.

Mungkin juga Google akan memperkenalkan aplikasi yang dioptimasikan untuk iPad tidak lama lagi. Namun tiada berita mengenainya buat masa ini. Selain daripada itu, Google juga diperkatakan bakal memperkenalkan aplikasi Google+ yang dioptimasikan untuk Windows Phone tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN