Carian
Samsung Menguji Peranti LTE Dengan Nama Kod Celox
August 9, 2011 Aman

Selain daripada ura-ura memperlihatkan peranti Windows Phone menyerupai Samsung Galaxy S2, kini ura-ura baru kedengaran memperlihatkan yang mana Samsung sedang membangunkan peranti baru Galaxy S dengan sokongan LTE, dan dipanggil dengan nama kod Celox buat masa ini.

Ianya diperkatakan yang mana peranti LTE daripada Samsung itu menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon APQ8060, serta membawakan skrin Super AMOLED seluas 4.5-inch. Seperti peranti Galaxy S yang lain, ianya turut sama menggunakan platform Android, iaitu Android 2.3 Gingerbread, serta menariknya membawakan sokongan LTE 800MHz.

Selain itu, ianya turut membawakan kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Ianya masih lagi tidak diketahui samada ianya akan dipasarkan, ataupun sekadar untuk ujian dan prototaip sahaja buat masa ini. Namun, dengan lebih banyak syarikat telekomunikasi menguji rangkaian LTE, mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.

Komen