Apple Memperkenalkan Lion Recovery Disk Assistant

Apple Memperkenalkan Lion Recovery Disk Assistant

Diterbitkan pada Ogos 9, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan OS X Lion yang hanya ditawarkan melalui muat-turun digital sahaja, kini Apple melancarkan sebuah aplikasi ringkas, dipanggil Lion Recovery Disk Assistant, yang mana melalui aplikasi ringkas tersebut, ianya membolehkan para pengguna OS X Lion memperbaiki dan memasang semula sistem operasi mereka dengan mudah.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya, para pengguna perlu mempunyai Recovery HD sedia ada. Ianya diperkatakan yang mana partition baru yang dibuat oleh Lion Recovery Disk Assistant ini mempunyai fungsi yang serupa seperti Lion Recovery yang dipasang ketika pemasangan OS X Lion pada Mac.

Walaubagaimanapun, partition khas ini boleh digunakan sekiranya seseorang tidak dapat mengakses ataupun membuka komputer mereka. Para pengguna OS X Lion yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi tersebut secara percuma, dan mengetahui lebih lanjut mengenainya melalui aplikasi tersebut.


TIPS & ULASAN