Cari @ Amanz

Setelah sekian lama tidak kedengaran berita mengenai Windows 8, kini ianya dilaporkan yang mana Microsoft semakin hampiri pembangunan versi beta, dimana versi terakhir yang diketahui buat masa ini adalah Windows 8 Build 8063 yang mana telah dihimpunkan pada 4 Ogos yang lepas. Walaubagaimanapun, ianya masih belum tersebar di internet seperti versi pembangunan sebelum ini.

Pada masa yang sama, versi pembangunan ini masih lagi dilabelkan sebagai versi Milestone 3, dan belum lagi memasuki fasa beta. Ianya juga kelihatan yang mana kini Microsoft mengawalnya dengan rapi, dimana versi terakhir yang tersebar diinternet adalah pada bulan Jun yang lepas, dan sejak daripada Microsoft memperlihatkan antaramuka baru Windows 8, tiada versi baru yang terlepas ke arena internet.

Microsoft juga bakal mengadakan sebuah persidangan khas, iaitu BUILD pada bulan hadapan, yang mana akan memperlihatkan pelbagai perkara menarik berkaitan Windows 8. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd