Mungkin jarang kami mendengarnya, ataupun boleh dikatakan masih tidak lagi buat masa ini. Namun, ianya kelihatan yang mana, kini Facebook bukan sahaja menggunakan huruf-huruf dan abjad biasa dalam mengelakkan spam, tetapi turut sama menggunakan tulisan jawi padanya.
Masalah spam seperti sedia maklum, antara masalah yang paling serius dihadapi oleh semua laman-laman web di arena internet ini. Namun, ianya tidak diketahui bagaimanakah Facebook mengendalikan perkara ini. Memandangkan, ianya menunjukkan yang mana mereka memperlihatkan tulisan jawi pada pengguna yang menggunakan akaun dengan tetapan Bahasa Inggeris atau Malaysia.
Mungkinkah selepas ini, kita akan diperlihatkan dengan lebih banyak tulisan dan bahasa lain pada bahagian captcha di Facebook?