Mungkin semua sedia kenali akan peringkat URL popular, iaitu Bit.ly. Hari ini, mereka mengumumkan pengambil-alihan TwitterFeed, yang mana menyediakan perkhidmatan untuk menghantar kemaskini daripada RSS ke akaun Twitter dengan mudah. Harga pembelian dan pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.
Menurut pihak Bit.ly, dengan pengambil-alihan TwitterFeed, mereka akan membawakan fungsi perkongsian yang terdapat pada TwitterFeed pada Bit.ly, sekaligus, memudahkan para pengguna Bit.ly untuk berkongsi pautan, serta pada masa yang sama mendapatkan maklumat dan data perkongsian melalui URL mereka itu.
Mungkin dalam beberapa minggu lagi, kita akan dapat melihat perkembangan pada kedua-dua laman ini. Ianya juga tidak diketahui samada adakah TwitterFeed akan terus menyokong peringkas URL pihak ketiga ataupun sebaliknya.