Cari @ Amanz

Kini, sedikit demi sedikit informasi kedengaran mengenai kemaskini Windows Phone selepas Mango, dan sebelum kemaskini Apollo, iaitu Windows Phone Tango. Ianya kini diperkatakan berkemungkinan yang mana kemaskini Tango ini akan lebih memfokuskan pasaran Asia, dan mungkin juga dikhaskan untuk Nokia.

Pada masa yang sama, Windows Phone Tango ini, berkemungkinan adalah hanya suatu kemaskini yang kecil sahaja, sebelum kemaskini Apollo ataupun yang turut dikenali Windows Phone 8 diperkenalkan pada tahun hadapan.

Walauapapun, dengan pelancaran Mango yang semakin hampir ini, mungkin kita akan mendengar lebih banyak berita dan ura-ura berkaitan Tango dalam masa beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd