Twitter Mula Memperkenalkan Sokongan Gambar Kepada Semua

Twitter Mula Memperkenalkan Sokongan Gambar Kepada Semua

Diterbitkan pada Ogos 10, 2011 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, kini Twitter telah pun mula memperkenalkan sokongan untuk memuat-naik gambar terus ke Twitter.com seperti mana yang diperkatakan sebelum ini. Berkemungkinan fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat bermula daripada hari ini.

Fungsi ini dijayakan oleh Twitter dengan kerjasama bersama-sama dengan pihak Photobucket, dan telah diperlihatkan oleh Twitter jauh beberapa minggu sebelum ini. Untuk mengetahui bahawa anda sudah mendapatnya ataupun tidak, anda hanya perlu mengakses halaman web utama Twitter, iaitu Twitter.com, dan melihatnya sendiri.

Berkemungkinan fungsi yang sama turut sama akan diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih keluaran Twitter, dan juga TweetDeck itu sendiri tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN