Cari @ Amanz

Ingatkah lagi pengambil-alihan Beluga oleh Facebook pada bulan Mac yang lepas? Nampaknya kini ianya telah diintegrasikan bersama, dan hari ini Facebook secara rasminya memperkenalkan aplikasi khas untuk para pengguna mudah-alih untuk menghantar dan menerima mesej, dipanggil Facebook Messenger.

Dengan pengenalan Facebook Messenger, ianya memudahkan para pengguna untuk menyemak mesej-mesej baru mereka dengan pantas dan senang, serta membalasnya dengan mudah terus melalui peranti mudah-alih mereka. Lebih menariknya adalah memandangkan ianya merupakan aplikasi khas untuk permesejan, anda boleh lebih fokus, dan hanya mengutamakan perkara yang penting sahaja melalui Facebook.

Sebelum ini sendiri, ketika Facebook memperkenalkan fungsi Message yang baru pada laman mereka, mereka mengatakan ingin memperkenalkan cara baru untuk bermesej. Selain daripada itu, dengan pengenalan emel Facebook dan sebagainya, aplikasi ini semestinya menguntungkan ramai pihak.

Buat permulaan ini, para pengguna iPhone dan Android boleh memuat-turunnya secara percuma terus daripada AppStore dan juga Android Market, serta mula menggunakan aplikasi Facebook Messenger.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd