Senarai fungsi penuh pada Windows 8 masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun kini, melalui sebuah video ringkas, ianya memperlihatkan salah satu fungsi padanya, iaitu sokongan perkongsian gambar melalui suara yang terdapat pada sistem operasi akan datang Windows itu.
Pada masa yang sama, ianya juga turut memperlihatkan integrasi diantara semua platform keluaran Microsoft, iaitu termasuk pada Windows Phone dan juga Xbox Live. Adakah kita kelak akan dapat melihatnya pada Windows 8, ataupun ianya sekadar konsep sahaja? Sama-sama kita nantikannya.