Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan aplikasi Facebook Messenger yang dilancarkan oleh Facebook pagi tadi, ianya kelihatan yang mana mereka turut sama mengintegrasikan beberapa kod untuk fungsi panggilan video padanya. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diaktifkan buat masa ini.

Sebelum ini, ianya juga dapat diketahui yang mana Facebook turut sama mengintegrasikan aplikasi iPad mereka melalui aplikasi iPhone. Namun mereka telah menarik balik selepas beberapa ketika.

Melalui aplikasi Facebook Messenger, ianya membolehkan para pengguna menghantar dan menerima mesej dengan mudah melaluinya. Selain daripada itu, berkemungkinan Facebook turut sama ingin membawakan sokongan panggilan video seperti mana yang diperkenalkan oleh mereka sebelum ini untuk para pengguna desktop.

Ianya kelihatan aplikasi iOS dan juga Android, kedua-duanya membawakan kod ini. Mungkinkah kita akan dapat melihat sokongan panggilan video melalui aplikasi Facebook Messenger tidak lama lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd