Cari @ Amanz

Ingatkah lagi ujian yang dilakukan oleh Google untuk menyembunyikan bar URL pada pelayar web Chrome sebelum ini? Nampaknya, fungsi yang dinamakan sebagai Navigasi Kompak itu ditamatkan, dan mungkin tidak akan diperkenalkan oleh Google untuk masa ini.

Menurut Google, ianya bukanlah salah satu cara baik untuk antaramuka Chrome buat masa ini, dan oleh kerana itu, mereka telah menamatkan eksperimen tersebut, dan tidak lagi akan mengujinya.

Sebelum ini sendiri, ketika ujian tersebut dilakukan oleh Google, ianya telah menerima komen ramai pengguna, mengatakan yang mana ianya akan menyukarkan pelayaran web, disamping sukar untuk melihat URL dan sebagainya. Ianya kelihatan yang mana Google turut sama mendengar pendapat pengguna mereka, dan mungkin tidak akan memperkenalkannya dalam maasa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd