ChurpChurp baru-baru ini telah pun menyambut ulang-tahun yang ke-2 mereka, dan mungkin bersempena dengan itu, kini ChurpChurp bakal memperkenalkan antaramuka baru pada laman mereka. Buat masa ini, laman mereka memperlihatkan mesej akan datang, dan mungkin ianya akan diperkenalkan dalam masa beberapa jam lagi.
Seperti semua sedia maklum, ChurpChurp merupakan salah satu anak syarikat daripada pembangun disebalik Nuffnang, yang mana membawakan pengiklanan melalui media sosial, termasuk Facebook dan juga Twitter. Buat masa ini, kiraan dilakukan melalui klik, dan dibayar mengikut setiap klik yang dibawa oleh perkongsian URL.
Mungkin bersama-sama dengan pelancaran antaramuka dan rekabentuk baru kelak, mungkin beberapa perkara lain akan turut sama diumumkan oleh ChurpChurp. Sama-sama kita nantikannya.
Tips awal daripada Anzury