Maxis bersama-sama dengan Alcatel-Lucent kini mengumumkan kerjasama strategik, yang mana membawakan perubahan besar pada rangkaian utama Maxis, dimana ianya akan menjadi satu-satunya rangkaian dengan sokongan 100 gigabit per saat yang dibangunkan di Asia Pasifik.
Ianya sekaligus memperlihatkan fokus Maxis pada tawaran data, dimana ianya akan menyokong penuh traffik melalui rangkaian mereka, selain pada masa yang sama, diperkatakan akan mengurangkan kos operasi, serta menawarkan perkhidmatan dengan pelbagai nilai tambah.
Mungkinkah kita akan dapat melihat harga yang lebih murah lagi apabila ianya selesai dibangunkan? Sama-sama kita nantikannya.
Tips daripada RotiKaya