Carian
Peranti Nokia Windows Phone Diperlihatkan Dalam Video?
August 10, 2011 Aman

Ianya boleh diperkatakan yang mana Nokia dan Microsoft kini dalam persiapan akhir untuk memperkenalkan peranti pertama Windows Phone daripada Nokia. Menariknya, kini sebuah video muncul diarena internet, memperlihatkan sebahagian daripada peranti tersebut. Namun kesahihannya tidak dapat dipastikan sepenuhnya.

Ianya masih lagi tidak dapat disahkan samada ianya merupakan video asli, ataupun sekadar yang dibangunkan oleh para peminat Nokia sahaja. Namun, sebahagian daripada video tersebut merupakan gabungan daripada beberapa video lain yang pernah diperlihatkan sebelum ini.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak dapat dipastikan, dan mungkin kita perlu menantikan pengumuman rasmi untuk mengesahkan perkara ini.

Komen