Carian
Rekabentuk Baru Laman ChurpChurp Diperkenalkan Untuk Semua Pengguna
August 10, 2011 Aman

Sepertimana yang diperkatakan oleh kami sebelum ini, kini ChurpChurp telah pun melancarkan rekabentuk halaman utama yang serba baru, selain pada masa yang sama memfokuskan pada pendaftaran akaun ChurpChurp dengan mudah menggunakan akaun Facebook dan Twitter padanya.

Selain daripada itu, ianya juga turut sama memfokuskan pada beberapa pengguna pilihan melalui halaman utamanya, selain turut memperlihatkan beberapa kempen semasa dalam bentuk yang kemas melalui halaman utama mereka.

Laman utama juga kini memperlihatkan beberapa ikon baru termasuk YouTube (adakah perkongsian pautan video akan diperkenalkan), serta beberapa laman sosial yang lain. Namun begitu, ikon Google+ tidak kelihatan buat masa ini.

Komen