Seperti semua sedia maklum, dengan pengambil-alihan Skype oleh Microsoft yang masih menunggu pengesahan pihak berkuasa, kini beberapa perancangan masa depan Skype bersama Microsoft dikatakan, yang mana salah satunya adalah integrasi Skype pada Windows Phone.
Skype buat masa ini telah pun menawarkan aplikasi mereka untuk pengguna iPhone, dan Android. Namun ianya dikatakan yang mana Skype sedang merancang untuk memperkenalkan sesuatu yang unik untuk Windows Phone, dimana ianya akan diintegrasikan sepenuhnya, menjadikannya kelihatan bukan seperti aplikasi, tetapi seperti telah diintegrasikan pada peranti tersebut sendiri.
Selain daripada itu, Skype juga bakal diintegrasikan pada pelbagai produk utama Microsoft, termasuk Xbox, perisian komunikasi pejabat Lync, dan juga peranti Windows 8 kelak. Ianya diperkatkan yang mana semua perkhidmatan baru ini hanya akan dilancarkan setelah pembelian Microsoft mendapat pengesahan.