Akhir-akhir ini kedengaran berita berkenaan Anonymous dan juga Operation Facebook. Kini, perkara ini dikatakan adalah bukan daripada pihak Anonymous yang sebenarnya, dan mungkin hanyalah perbuatan sebahagian daripada ahli kumpulan mereka, ataupun mungkin dibuat sekadar main-main sahaja.
Antara perkara yang menjadi persoalan adalah dimana tempoh masa yang diberikan, iaitu lebih daripada beberapa bulan, selain juga menyerang Facebook yang mana menjadi salah satu medium untuk mereka berkomunikasi. Melalui akaun Twitter @AnonOps sendiri, mereka mengatakan yang mana ianya mungkin hanya dipersetujui oleh sebilangan kecil Anonymous sahaja, dan bukannya semua daripada mereka.
Pada masa yang sama, perkara ini bukanlah kali pertama berlaku. Sebelum ini, video seumpamanya pernah turut dimuat-naik ke laman YouTube mengatakan ingin menjatuhkan infrastruktur negara kita, dan kemudiannya diketahui yang perkara tersebut bukanlah benar.
TO PRESS: MEDIAS OF THE WORLD… STOP LYING! #OpFacebook is just ANOTHER FAKE! WE DONT “KILL” THE MESSENGER. THAT’S NOT OUR STYLE #Anonymous