Cari @ Amanz

Samsung Galaxy R Bakal Hadir Ke Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

Selepas melancarkan Samsung Galaxy S2 di rantau Asia Tenggara, tidak lama lagi, Samsung turut sama akan melancarkan dan mula menjual peranti baru mereka, iaitu Samsung Galaxy R dirantau ini. Sama seperti yang lain, ianya menggunakan platform Android 2.3, dan didatangkan dengan antaramuka TouchWiz.

Menariknya ialah ianya menggunakan cip daripada NVIDIA, iaitu 1GHZ Tegra 2, serta didatangkan dengan skrin sentuh Super Clear LCD seluas 4.19-inch. Ianya turut membawakan sokongan rakaman dan memainkan HD dengan mudah melaluinya. Pada masa yang sama, Samsung turut sama menjanjikan yang mana Galaxy R turut sama akan membawakan kualiti permainan seumpama konsol melaluinya.

Harga dan tarikh pelancarannya di Malaysia tidak diketahui lagi buat masa ini.


Komen ()