Kompilasi Ura-Ura Berkaitan iPhone 5 Diperlihatkan Dalam Bentuk Video

Kompilasi Ura-Ura Berkaitan iPhone 5 Diperlihatkan Dalam Bentuk Video

Diterbitkan pada Ogos 11, 2011 oleh .

Ingin mengikuti semua ura-ura berkaitan iPhone generasi akan datang dengan mudah? Kini sebuah video khas dibangunkan oleh NoWhereElse, memperlihatkan kesemua ura-ura berkaitan iPhone 5 yang akan dilancarkan dalam bentuk video yang amat menarik dan ringkas sekali.

Menariknya, ianya juga turut sama menggunakan rekabentuk yang menyerupai apa yang diperkatakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, seperti sedia maklum, memandangkan ianya merupakan kompilasi ura-ura berkaitan dengan iPhone 5, berkemungkinan ianya tidak akan menjadi kenyataan, walaupun menerima peratusan tinggi ianya diperkatakan akan dilancarkan.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan pengumuman iPhone 5 yang dikatakan akan diadakan sekitar bulan September atau Oktober ini.


TIPS & ULASAN