Selain memperkenalkan aplikasi CIMBClicks untuk platform Android dan juga iPhone, kini mereka bergerak setapak kehadapan lagi, dimana kini CIMB telah pun melancarkan laman mereka dalam bentuk mesra peranti mudah-alih, membolehkan sesiapa sahaja melayari laman mudah-alih mereka dengan mudah.
Untuk mengaksesnya, para pengguna hanya perlu membuka URL mobile.cimbclicks.com.my, dan seterusnya boleh membuat beberapa perkara melaluinya, termasuk menyemak akaun, melihat sejarah transaksi, dan membuat pembayaran bil serta menghantar wang ke akaun CIMBClicks Favourite dengan mudah.