Cari @ Amanz

Pembangun TwitPic Melancarkan Pesaing Twitter – Heello

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pelancaran Twitter Photos, semestinya ianya akan memberikan kesan serba sebanyak untuk beberapa pesaing termasuk TwitPic. Dan menariknya adalah dimana, hari ini, pembangun TwitPic melancarkan laman sosial baru mereka, dipanggil Heello, yang mana membawakan fungsi yang lebih kurang sama seperti Twitter melaluinya.

Sama seperti Twitter, Heello membolehkan para pengguna berhubung menggunakan @namapengguna antara satu sama lain, mengintegrasikan Twitter dan Facebook, selain mengemaskini status yang dipanggil Ping dalam bentuk 140 aksara, serta mana boleh turut sama menyertakan video, gambar dan juga lokasi pengguna tersebut.

Walaubagaimanapun, ianya masih menjadi persoalan samada adakah ianya akan berjaya, ataupun hanya akan menjadi seperti pesaing Twitter yang lain, termasuk Google Buzz, dan juga Yahoo! Meme.

Tips awal : Amir Hamzah


Komen ()