Setelah memperkenalkan Asus Padfone yang mana membawakan gabungan tablet dan juga telefon pintar pada bulan Mei yang lepas, kini Asus mengesahkan yang mana mereka akan menjualnya bermula penghujung tahun ini ataupun awal 2012, dan ianya bakal menggunakan Android Ice Cream Sandwich padanya.
Menurut Asus, mereka memilih Ice Cream Sandwich memandangkan ianya boleh diintegrasikan dengan pelbagai platform dengan lebih baik lagi berbanding versi sekarang ini. Sebelum ini, pada bulan Mei yang lepas, Asus memperkenalkan PadFone, yang mana membawakan tablet 10.1-inch dan juga 4.3-inch menggunakan Android pada kedua-duanya. Selain daripada itu, menariknya, apabila kedua-duanya digabungkan, ianya membawakan jangka hayat bateri yang lebih lama, sekaligus memudahkan pengguna menggunakannya.
Harga dan bilakah Asus Padfone akan tiba di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini.