Cari @ Amanz

HTC terus menambah syarikat dibawah portfolionya, dimana hari ini mereka telah mengambil-alih sebanyak lebih kurang 51% pegangan pada Beat Electronics pada harga lebih $300 juta. Ini sekaligus memberikan tenaga kepakaran dalam audio kepada HTC, dan ianya akan diperkenalkan dalam peranti HTC akan datang tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, Beats Electronics akan terus beroperasi secara berasingan, dan mungkin selepas ini, kita akan melihat pelbagai produk HTC mula mengintegrasikan teknologi audio yang lebih menarik, membolehkan rakaman dan memainkan lagu dan audio menjadi lebih menarik pada peranti HTC.

Peranti pertama dengan teknologi Beats pada HTC dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd