Cari @ Amanz

Microsoft Touch Mouse Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula Bulan September

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, mungkinkah tidak lama lagi tetikus dengan sokongan sentuh akan menjadi popular? Kini, setelah Apple memperkenalkan Magic Mouse, kini Microsoft pula bakal melancarkan Touch Mouse kepada semua, yang mana dioptimasikan sepenuhnya untuk Windows 7.

Selain daripada itu, memandangkan sebelum ini, Windows 8 turut kelihatan akan mesra sentuhan, maka mungkin juga tetikus baru ini, iaitu Microsoft Touch Mouse akan menjadi salah satu peranti sokongan terbaik untuknya.

Buat masa ini, maklumat berkaitan dengan Microsoft Touch Mouse ini masih lagi kurang, dan kami akan cuba membawakan kemaskini mengenainya sebaik sahaja ianya dilancarkan. Ianya diperkatakan yang mana Microsoft akan mula menjual Microsoft Touch Mouse di Malaysia bermula daripada bulan September kelak. Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()