Xperia Mini Dan Xperia Mini Pro Di Malaysia Bulan Ini

Xperia Mini Dan Xperia Mini Pro Di Malaysia Bulan Ini

Diterbitkan pada Ogos 11, 2011 oleh .

Nampaknya, dalam masa terdekat ini, Sony Ericsson Malaysia bakal melancarkan beberapa peranti Android, dimana antara dua peranti yang bakal dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi adalah Sony Xperia Mini dan Sony Xperia Mini Pro. Kedua-duanya dijangka bakal dilancarkan dalam bulan ini.

Kedua-dua peranti ini telah diumumkan oleh Sony sebelum ini pada bulan Mei yang lepas. Xperia Mini membawakan skrin sebesar 3.0-inch, Android 2.3, sokongan enjin Mobile BRAVIA, dan kamera 5-megapixel. Ianya turut membawakan cip pemprosesan 1GHz padanya. Xperia Mini Pro turut sama membawakan spesifikasi yang lebih kurang serupa, tetapi dengan tambahan, ianya turut membawakan papan kekunci QWERTY bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, Sony Ericsson Malaysia menjangkakan untuk melancarkan kedua-dua peranti ini pada bulan Ogos ini. Namun segalanya masih dalam proses perbincangan buat masa ini.


TIPS & ULASAN