Facebook Menguji Rekabentuk Dengan Bahagian Atas Bersifat Kekal

Facebook Menguji Rekabentuk Dengan Bahagian Atas Bersifat Kekal

Diterbitkan pada Ogos 12, 2011 oleh .

Facebook sering menguji pelbagai perkara baru pada laman mereka, dan kini salah seorang pembaca Amanz telah pun menghantar paparan antaramuka memperlihatkan yang mana Facebook menguji rekabentuk baru, dengan bahagian atasnya bersifat kekal, sementara para pengguna tatal laman tersebut ke atas dan bawah.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada kadar ujian, dan tidak diketahui samada adakah ianya akan diperkenalkan kepada semua ataupun tidak. Sehingga kini, satu-satunya fungsi yang bersifat kekal pada laman Facebook hanyalah butang Facebook Chat dibahagian bawah kiri. Adakah dengan membuat bahagian atas laman tersebut bersifat kekal, maka Facebook akan mula memfokuskan kepada carian dan sebagainya? Sama-sama kita nantikannya.

Tips awal daripada Syazwan


TIPS & ULASAN