Windows Phone Mango Pada 1 September Kelak?

Windows Phone Mango Pada 1 September Kelak?

Diterbitkan pada Ogos 12, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama, kini beberapa laporan mula memperkatakan yang mana Microsoft bakal melancarkan Windows Phone 7.5 ataupun yang mana turut dikenali sebagai Windows Phone Mango kepada umum pada 1 September kelak.

Ianya diperkatakan yang mana pada tarikh yang sama, acara elektronik terbesar di Eropah turut sama akan diadakan, mengumpulkan pelbagai pengeluar peranti, termasuk Samsung, Acer, LG dan lain-lain, sekaligus membolehkan mereka memperlihatkan peranti mereka dengan Windows Phone Mango.

Ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan pada tarikh yang sama, beberapa peranti baru Windows Phone Mango turut akan diumumkan. Walaubagaimanapun, untuk kemaskini bagi peranti Windows Phone sedia ada, ianya akan diperkenalkan secara berperingkat selepas itu.

Namun begitu, perkara ini masih belum disahkan secara rasminya oleh Microsoft buat masa ini.


TIPS & ULASAN