Sony Xperia Ray Di Malaysia Pada Bulan September Ini

Sony Xperia Ray Di Malaysia Pada Bulan September Ini

Diterbitkan pada Ogos 12, 2011 oleh .

Lanjutan daripada laporan pihak SoyaCincau sebelum ini, kini kami menerima pengesahan yang mengatakan Sony Ericsson Xperia Ray akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan September ini. Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin berubah bergantung kepada ketibaan stok di Malaysia.

Xperia Ray membawakan cip pemprosesan 1GHz Snapdragon, skrin sentuh seluas 3.3-inch dengan sokongan Mobile BRAVIA, serta kamera 8.1-megapixel dengan sokongan Exmor R. Ianya turut sama menggunakan Android 2.3 Gingerbread, bersama-sama dengan antaramuka khas Sony.

Buat masa ini, ianya diketahui yang mana Sony Ericsson Malaysia mensasarkan tarikh pelancaran sekitar September kelak, selepas melancarkan Xperia Mini Pro dan Xperia Mini di Malaysia pada bulan ini. Harga jualannya masih lagi tidak diketahui.


TIPS & ULASAN