Google+ Menambah Fungsi Yang Dinantikan – Games

Google+ Menambah Fungsi Yang Dinantikan – Games

Diterbitkan pada Ogos 12, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Google secara rasminya menambah Games pada rangkaian sosial Google+ mereka, membolehkan para pengguna Google+ menikmati pelbagai permainan dengan mudah, sekaligus membolehkan para pengguna bersosial bersama rakan-rakan mereka dalam bentuk baru.

Google mengatakan yang mana halaman Google+ Games boleh diakses terus melalui Stream utama, dimana sebuah butang khas yang didedikasikan akan diperlihatkan padanya. Namun begitu, ianya akan diperkenalkan secara berperingkat buat masa ini. Cubaan kami sendiri menunjukkan yang mana kami belum dapat menggunakannya buat masa ini.

Sebagai pelancaran, Google+ Games menyediakan beberapa permainan untuk dimainkan, termasuk beberapa permainan popular seperti Angry Birds. Pada masa yang sama, Google juga turut membuka peluang kepada para pembangun untuk membangunkan permainan untuk Google+ Games dengan mudah.


TIPS & ULASAN