Cari @ Amanz

Nampaknya, kini dengan pelancaran Android Ice Cream Sandwich yang mungkin berlaku dalam masa beberapa bulan lagi, beberapa info berkaitan dengannya kedengaran. Selain daripada peranti pertama menggunakannya dijangka dilancar sekitar Oktober, kini beberapa antaramuka awal Ice Cream Sandwich kelihatan.

Daripada antaramuka dan gambar Ice Cream Sandwich yang kelihatan, ianya menunjukkan perubahan drastik dari segi antaramuka, dan penggunaan warna biru sebagai warna utamanya. Pada masa yang sama, bar notifikasi juga diperlihatkan diubah berbanding sebelum ini.

Selain daripada itu, ianya turut membawakan beberapa perubahan pada skrin utamanya. Ice Cream Sandwich turut diperkatakan membawakan sokongan kamera dalam bentuk Panorama, serta aplikasi GMail yang mendapat tema serba baru.

Seperti biasa, Ice Cream Sandwich dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengan Nexus Prime, dan kemaskini Ice Cream Sandwich akan diperkenalkan kepada peranti lain secara berperingkat, dengan Nexus S menerimanya dulu.

Walaubagaimanapun, perubahan yang diperlihatkan masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin kita akan dapat melihat perubahan yang lebih drastik lagi pada versi akhirnya kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd