Apple sering memfailkan paten keatas beberapa perkara baru, dan kini ianya dilihat yang mana Apple telah pun mendapat hak paten baru untuk mengintegrasikan fungsi seumpama projektor pada peranti mudah-alih mereka, termasuk iPhone, iPad dan juga MacBook. Namun begitu ianya tidak dapat disahkan samada ianya akan diimplementasikan ataupun tidak.
Selain daripada itu, melalui paten tersebut, ianya turut memperkatakan yang mana ianya menyokong perkongsian antara dua peranti dengan mudah dan pantas, dimana imej di satu peranti dapat dipindahkan ke peranti lain dengan senang dan pantas. Ianya turut memperlihatkan yang mana berkemungkinan kelak, kamera pada peranti Apple itu akan turut menyokong sokongan pergerakan seperti mana pada Kinect.
Walaubagaimanapun, ianya tidak sah lagi samada Apple akan mengintegrasikannya ataupun sebaliknya. Sehingga kini, Apple sedia mempunyai beberapa hak paten lain, yang mana masih belum diimplementasikan pada peranti mereka sehingga ke hari ini.