Cari @ Amanz

Facebook Menambah Beberapa Perkara Baru Pada Facebook Games

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pengumuman Google+ Games pada awal pagi ini, Facebook turut sama tidak ketinggalan mengumumkan beberapa perkara berkaitan Facebook Games, dimana hari ini, mereka melancarkan beberapa fungsi baru, menjadikan pengalaman bermain di Facebook lebih menarik.

Melalui kemaskini yang dilakukan, kini Facebook memperlihatkan sebuah stream khas untuk para penggunanya ketika bermain, dimana dibahagian tepi permainan tersebut, Facebook memperlihatkan pelbagai perkara berkaitan aktiviti permainan rakan-rakan mereka yang lain di Facebook, sekaligus membolehkan anda memfokuskan dengan lebih kepada permainan yang menjadi kegemaran rakan-rakan anda, serta melihat prestasi dan skor semasa mereka.

Selain daripada itu, kini Facebook turut memberikan sokongan skrin yang lebih luas untuk Facebook Games, membolehkan permainan sedia ada untuk dibuka dalam skrin penuh secara automatik, membolehkan para pengguna menikmatinya dengan resolusi penuh dengan mudah.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan oleh Facebook secara berperingkat bermula hari ini.


Komen ()