Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Mozilla kini dalam proses membangunkan Firefox 6, 7, dan juga 8, dengan setiap satunya melalui salurannya tersendiri. Kini, melalui blog Mozilla, mereka turut mengatakan yang mana Firefox 7 akan menggunakan memori sehingga 50% kurang berbanding Firefox 6.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana Firefox 7 akan berfungsi lebih pantas, dengan kadar ianya berhenti berfungsi lebih rendah berbanding sebelum ini. Perkara ini dapat dijayakan oleh Mozilla melalui projek MemShrink yang mana dimulakan dua bulan yang lepas oleh mereka.

Buat masa ini, Firefox 7 masih lagi dalam saluran Aurora, dan dijangka akan memasuki fasa Beta pada minggu hadapan. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin akan dapat melihat Firefox 7 pada akhir bulan September kelak, atau lebih tepat, mungkin pada 27 September.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd