Cari @ Amanz

Selepas TurnTable.fm dan juga Rolling.fm, kini muncul pula Chill. Menariknya adalah dimana Chill membawakan konsep yang berbeza, dimana sekiranya kedua-dua laman sebelum ini itu memfokuskan kepada lagu, Chill pula memfokuskan kepada video.

Melalui Chill, para pengguna boleh memilih video kegemaran mereka untuk ditonton bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang lain, dan ianya akan diputarkan secara automatik sepertimana yang dikendalikan oleh TurnTable dan juga Rolling.fm.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Chill belum dibuka kepada orang ramai lagi, dan mungkin akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd