Cari @ Amanz

Nampaknya, berbeza dengan bulan Ramadhan sebelum ini, kali ini pelbagai aplikasi menarik yang berkaitan dengannya muncul. Terkini merupakan aplikasi untuk para pengguna iPhone dan iPod Touch, iaitu aplikasi Ramadhan Checklist yang mana dibangunkan oleh salah seorang pembangun tempatan – Ahmad Shaiful @musangbijak.

Ramadhan Checklist secara ringkasnya adalah salah satu aplikasi yang dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti para pengguna beragama Islam sepanjang bulan puasa ini. Melalui aplikasi tersebut, mereka akan diperlihatkan dengan beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan pada bulan Ramadhan ini, dan para pengguna boleh menetapkan untuk mengaktifkan fungsi notifikasi harian padanya ataupun tidak.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Ramadhan Checklist ini secara percuma melalui Apple AppStore dan mula menggunakannya sekarang. Kami masih belum dapat mengesahkan samada adakah versi Android, Symbian dan lain-lain akan menyusul ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd