Cari @ Amanz

Sebelum ini, beberapa ura-ura turut kedengaran disamping ura-ura iPhone 5, iaitu ianya diperkatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan iPhone versi mampu milik semua dengan harga yang lebih murah berbanding yang sekarang. Kini melalui ura-ura baru, ianya diperkatakan yang mana ianya akan menggunakan iCloud sepenuhnya.

Ianya turut sama diperkatakan yang mana iPhone baru itu kelak akan membawaka spesifikasi lebih kurang sama seperti pada iPhone 4 sekarang ini, namun akan menggunakan ruangan storan yang lebih rendah, serta beberapa alternatif lain untuk mengurangkan kos pengeluarannya.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bagaimanakah ianya akan diintegrasikan bersama-sama iCloud, ataupun hanya menawarkan penggunaan iOS 5 tanpa sebarang ruangan storan tambahan padanya. Peranti baru ini juga dijangka dilancar bersama-sama iPhone 5 kelak. Waalaubagaimanapun, ianya masih tidak dapat dipastikan sepenuhnya buat masa ini. Namun, mungkin kita akan dapat mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd