Bermula hari ini, Yahoo! mula memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk baru untuk Yahoo! Images, dimana turut membawakan pelbagai perkara baru, termasuk membawakan integrasi Facebook, dengan memperkenalkan sebuah tab khas untuk Galleri dan juga Facebook.
Selain daripada itu, menariknya Yahoo! Images juga turut membawakan salah satu fungsi yang amat menarik sekali, iaitu fungsi carian topik terkini, dimana melaluinya ianya memperlihatkan gambar-gambar daripada topik terhangat dengan pantas dan menarik.
Untuk tab Facebook pula, ianya memerlukan para pengguna untuk menghubungkan akaun Facebook mereka ke Yahoo!! dan seterusnya membolehkan para pengguna membuat carian gambar yang melibatkan rakan-rakan mereka dengan mudah.
Para pengguna yang ingin mengujinya, boleh ke laman carian imej Yahoo! hari ini, dan melihat cara baru yang lebih menarik ini.