Apple Bakal Mengadakan Acara Media Khas Pada 8 September?

Apple Bakal Mengadakan Acara Media Khas Pada 8 September?

Diterbitkan pada Ogos 12, 2011 oleh .

Kini ianya dilaporkan yang mana Apple bakal mengadakan sebuach acara media khas pada 7 September (8 September di Malaysia), dimana ianya dijangka pada tarikh tersebut, Apple bakal mengadakan acara tahunan berkaitan iPod mereka pada tarikh tersebut. Walaubagaimanapun, pada tahun ini, ianya dijangka Apple mungkin turut mengumumkan iPhone 5 pada tarikh tersebut.

Menurut laman MacRumors, yang mana memperlihatkan rekabentuk konsep iPhone 5 sebelum ini, sebelum ini, Apple telah mengadakan acara tahunan pada bulan September, mengumumkan kemaskini peranti iPod mereka.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui samada adakah melalui acara media khas tersebut, Apple akan mengumumkan iPhone generasi baru mereka, ataupun terpaksa menunggu sehingga Oktober sepertimana dilaporkan sebelum ini.


TIPS & ULASAN