Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Google Chrome 13 pada tempoh hari, hari ini Google telah pun mengemaskini saluran Beta mereka, dimana Chrome 14 Beta telah pun dilancarkan kepada umum, yang mana membawakan lebih banyak perkara menarik kepada para pembangun dan juga pengguna.

Salah satunya adalah sokongan Native Client pada Chrome, yang mana membolehkan kod-kod seperti C++ dan lain-lain dijalankan pada pelayar web sama seperti JavaScript digunakan. Ianya sekaligus memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi web mereka dengan lebih mudah dan dengan prestasi dan penggunaan yang tinggi lagi.

Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan WebAudio API untuk membolehkan penggunaan audio dengan lebih menyeluruh lagi oleh para pembangun. Para pengguna dan pembangun yang berminat, boleh memuat-turun Chrome 14 Beta daripada saluran Beta, ataupun sekiranya anda telah menggunakan saluran beta sedia ada, ianya akan dikemaskini secara automatik dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd