Laman Sosial Komuniti Bola Sepak – Foozy Bakal Dilancarkan Dalam 12 Hari Lagi?

Laman Sosial Komuniti Bola Sepak – Foozy Bakal Dilancarkan Dalam 12 Hari Lagi?

Diterbitkan pada Ogos 13, 2011 oleh .

Ingatkah lagi dengan rangkaian sosial untuk komuniti bola sepak yang pernah kami tuliskan sebelum ini? Kini ianya kelihatan yang mana pada laman utama Foozy.my, mereka telah pun menambah kaunter khas, memperlihatkan ianya bakal dilancarkan dalam tempoh 12 hari lagi, iaitu pada 25 atau 26 Ogos ini.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah ianya akan beroperasi sepenuhnya, memandangkan pihak Foozy juga turut sama mencari beberapa orang penulis untuk laman tersebut. Ianya juga tidak diketahui samada adakah mereka telah mengubah matlamat daripada menjadikannya ia daripada laman sosial kepada laman berita biasa.

Namun apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan tersebut, dan tunggu pelancarannya kelak.


TIPS & ULASAN