Sebelum ini, pada awal tahun tempoh hari, Google telah memperlihatkan kemaskini pada hasil dan keputusan carian mereka, melalui kemaskini Panda, yang mana membuang kebanyakkan laman-laman berbentuk spam, dan memfokuskan lagi pada kandungan berkualiti. Namun ketika itu, ianya hanya menyokong kandungan berbahasa Inggeris sahaja.
Hari ini, Google mengumumkan yang mana kini kemaskini tersebut turut diperkenalkan untuk semua bahasa antarabangsa, kecuali Bahasa Cina, Jepun dan Korea. Google turut menambah yang mana kemaskini ini memberikan impak antara 6% hingga 9% kepada hasil carian yang akan diperlihatkan.
Kemaskini Panda ini diperkenalkan oleh Google untuk membuang laman-laman berbentuk spam dengan kata kunci daripada laman carian mereka, sekaligus memfokuskan kepada kandungan yang berkualiti tinggi melalui perkhidmatan mereka. Jadi, adakah anda melihat sebarang perubahan melalui carian yang dilakukan pada Google Malaysia hari ini?