Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, aplikasi Video daripada Google, yang mana membolehkan penyewaan video terus melalui Android Market hanya menyokong tablet, kini ianya telah dikemaskini, membawakan sokongan untuk semua peranti telefon pintar Android yang menggunakan Android 2.2 Froyo dan terkini.

Android Movie

Namun amat mendukacitakan kerana ianya hanya ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan mungkin akan menyokong para pengguna seluruh dunia tidak lama lagi.

Melaluinya, para pengguna telefon pintar Android boleh menonton video dan filem-filem menaik terus melalui WiFi pada peranti Android mereka dengan mudah. Setiap filem yang dimuat-turun dan ditonton melaluinya boleh bertahan selama 30 hari, namun hanya boleh ditonton dalam tempoh 24 jam sejak anda memainkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd