BlackBerry Bold 9900 Bakal Dilancarkan Pada 23 Ogos Di Malaysia?

BlackBerry Bold 9900 Bakal Dilancarkan Pada 23 Ogos Di Malaysia?

Diterbitkan pada Ogos 13, 2011 oleh .

Research In Motion sebelum ini telah pun mengumumkan dan melancarkan beberapa peranti yang menggunakan BlackBerry OS 7, dan kini ura-ura awal memperkatakan yang mana pihak BlackBerry berkemungkinan akan melancarkan BlackBerry Bold 9900 ataupun yang turut dikenali sebagai Bold Touch di Malaysia pada 23 Ogos kelak.

BlackBerry Bold Touch

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini. Dan sekiranya ianya benar, maka berkemungkinan kita akan dapat melihat peranti Bold Touch ini mula dijual di kedai-kedai seluruh negara seawal 24 Ogos kelak. Harganya turut diperkatakan adalah dibawah RM2200.

Berkemungkinan besar, beberapa syarikat telekomunikasi tempatan turut akan menawarkannya kepada para pelanggan mereka bersama-sama dengan pelbagai pakej menarik.

Bold 9900


TIPS & ULASAN