Nampaknya, Google kini turut sama akan memperkenalkan antaramuka baru mereka kepada semua halaman, termasuk halaman log masuk mereka. Setelah memperkenalkan perubahan antaramuka pada laman Google.com, GMail, Google Docs dan sebagainya, kini kotak log masuk ke akaun Google juga turut sama melihat akan perubahan yang serupa.
Buat masa ini, halaman log masuk dengan rekabentuk baru ini hanya diperkenalkan kepada segelintir pengguna sahaja, dan mungkin ianya akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara rasminya tidak lama lagi.
Jadi, apakah pendapat anda berkenaan dengan halaman log masuk serba baru ini?
Tips awal daripada Abdul Karim