Lanjutan daripada semalam, kini ianya kelihatan yang mana kebanyakkan pengguna Google+ sudah pun mula dapat mengakses Google Games melalui laman sosial terkemuka tersebut. Buat masa ini, kurang daripada 20 permainan yang ditawarkan, dan bilangannya dijangka akan meningkat tidak lama lagi.
Menariknya adalah dimana fungsi notifikasi pada permainan di Google+ diuruskan dengan baik sekali, dimana para pengguna boleh mengakses semua notifikasi dengan mudah melalui halaman tab Games, serta tidak menganggu Stream utama mereka.
Selain daripada itu, memandangkan pengguna boleh berkongsi kemaskini Google+ mereka pada hanya sebilangan kecil Circles, ianya juga amat mengurangkan kemaskini berkaitan permainan yang tidak diminati semua.
Dan menariknya adalah, permainan Angry Birds yang dinantikan ramai pada Facebook sebelum ini, telah pun diperkenalkan pada Google+, sekaligus membawakan beberapa fungsi sosial padanya, membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan lain dengan mudah.
Tips awal daripada Ariff