Carian
Zynga Bakal Memperkenalkan Permainan The Pioneer Trail
August 13, 2011 Aman

Zynga sebagai pembangun permainan sosial terkemuka, sering memperkenalkan pelbagai permainan baru dari semasa ke semasa, dan terkini mereka bakal melancarkan permainan baru yang dipanggil The Pioneer Trail, yang mana merupakan permainan yang bergenre-akan misi dan pengembaraan.

Permainan baru daripada Zynga ini juga mempunyai jalan ceritanya tersendiri, dimana pemain dikehendaki mengumpulkan krew yang terdiri daripada pelbagai watak, dalam usaha untuk menyelamatkan seorang budak kecil yang telah diculik. Dalam usaha tersebut, para pemain perlu melalui pelbagai misi menarik dan mengembara ke pelbagai lokasi untuk menjayakannya.

Pada masa yang sama, setiap langkah dan keputusan yang diambil oleh para pemain akan membawakan kepada plot baru, sekaligus menjadikan jalan cerita untuk setiap pemain berbeza dengan yang lain. Zynga turut mengatakan yang mana permainan The Pioneer Trail ini bakal membawakan pelbagai fungsi interaksi sosial dan lain-lain, menjadikannya unik dan menarik.

Sama-sama kita nantikan pelancaran permainan terbaru daripada Zynga ini pada hari ini.

Komen